Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Komited Untuk Membanteras Kegiatan Wang Haram Dan Pembiayaan Keganasan

LI
Labuan IBFC Inc

Contributor

Labuan International Business and Financial Centre (Labuan IBFC), Malaysia, through our internationally recognised yet business-friendly legal framework, is the preferred international business and financial centre in Asia. Labuan IBFC is a midshore jurisdiction regulated by the Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA), statutory Regulator under the purview of the Ministry of Finance, Malaysia
Sebagai ahli beberapa badan-badan piawaian penetapan antarabangsa, khususnya APG on Money Laundering dan FATF, Labuan FSA komited untuk memerangi apa-apa aktiviti pengubahan...
Malaysia Government, Public Sector
To print this article, all you need is to be registered or login on Mondaq.com.

Sebagai ahli beberapa badan-badan piawaian penetapan antarabangsa, khususnya Asia/Pacific Group on Money Laundering (APG) dan Financial Action Task Force (FATF), Labuan FSA komited untuk memerangi apa-apa aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).

Berhubung berita baru-baru ini yang melaporkan wang hasil kegiatan haram yang diperolehi melalui skim pelaburan palsu dan disimpan di Labuan IBFC untuk digunakan, antara lain, bagi menyokong dana politik untuk pihak-pihak tertentu di negara ini dan juga bagi disalurkan kepada aktiviti kumpulan militan, Labuan FSA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu atau entiti Labuan jika mereka melanggar undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pengubahan wang haram. Labuan FSA ingin menegaskan bahawa dengan rejim pengawalan dan penyeliaan yang ketat, termasuk larangan urus niaga secara tunai di Labuan IBFC; aplikasi Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram; dan peraturan anti pengubahan wang haram dan prosedur institusi kewangan di Labuan yang dilaksanakan, ianya telah memelihara integriti dan reputasi serta memastikan hanya aktiviti perniagaan tulen sahaja dijalankan di Labuan IBFC.

Sebagai sebahagian daripada AhliJawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan (NCC) untuk menangani pengubahan wang haram, Labuan FSA sentiasa bekerjasama dengan badan-badan pengawal selia yang lain melalui rangkaian pengawalseliaan, penguatkuasaan dan perkongsian maklumat dalam menyiasat sebarang aktiviti yang berkaitan dengan pengubahan wang haram di peringkat nasional dan di Labuan.

The content of this article is intended to provide a general guide to the subject matter. Specialist advice should be sought about your specific circumstances.

See More Popular Content From

Mondaq uses cookies on this website. By using our website you agree to our use of cookies as set out in our Privacy Policy.

Learn More